London: Part II

11 Oktober 2011:

Hari ni merupakan hari kedua untuk aku explore lebih banyak tempat menarik di Kota London. Aku pasti hari ni menjanjikan lebih banyak pengalaman manis yang dapat aku simpan dalam memori aku sampai bila2. Hari ni aku bangun lebih awal berbanding semalam dan seperti biasa sebelum memulakan perjalanan aku breakfast dulu di cafe hostel. Habis je breakfast aku bergerak ke nearest Tube station dengan hostel aku iaitu Pimlico Station untuk ke Victoria Station. Sebenarnya boleh jalan kaki je untuk ke Victoria Station tu, tapi perasaan malas menguasai diriku pagi ni...hehehe

Sekitar Victoria Coach Station
Rencana aku hari ni adalah untuk melawat sebahagian besar tourist attraction yang ada di Kotaraya London ni. Hari ni aku memilih untuk mengelilingi Kota London dengan menggunakan perkhidmatan hop on hop off bus. Aku amik Big Bus Tours one day pass, yang mana tiketnya aku dah beli secara online dulu. Harga tiket untuk seorang dewasa adalah £ 19.50 (MYR 100), tapi time tu aku ada tambah satu tiket untuk masuk ke Muzium Ripley's Believe It or Not yang berharga £ 19.00, so aku bayar £ 38.50 (MYR 195.00) kesemuanya. Tour secara hop on hop off ni adalah cara yang paling mudah dan jimat untuk cover most of the tourist attraction di London ni. 

London: Part I

10 Oktober 2011:

Hari ni merupakan hari pertama untuk aku ronda2 di bumi London. Memandangkan badan masih lagi penat dan effect jet lag, aku bangun sedikit lewat pagi ni. Rancangan hari ni adalah nak round2 yg mana dekat sahaja. Rencananya nak ke Primark Mall, shopping complex yg agak murah dan berpatutan untuk membeli-belah di Kota London ni. Aku mesti pergi shopping beberapa helai baju tebal memandangkan stok baju tebal yg aku bawa dari Malaysia tak mencukupi. Cuaca di London juga agak sejuk di musim luruh ni. Seterusnya selepas shopping, aku plan nak ke Camden Market di Camden Town. Orang cakap sana murah2 barang jualannya dan amat berpatutan. Aku plan nak ke Camden Market ni untuk beli sedikit souvenirs dan terus lunch kat sana. 

Untuk aku sampai ke tempat-tempat yang aku nak pergi hari ni, cara yg paling mudah dan jimat kos adalah menggunakan perkhidmatan Tube/Underground. Memandangkan jaringan sistem Tube di London ni agak kompleks, aku memang dah print dan study map dia awal2 lagi. Bila aku study sistem Tube London ni, sebenarnya taklah susah sangat, seakan-akan sistem Star LRT dan Putra LRT di Malaysia. Cuma di London ni lagi kompleks berbanding LRT di negara kita. Nah dia London tube map...

London Tube Map
Selesai bersiap, aku ke cafe yg terletak di aras bawah Hostel Astor Victoria ni. Yang bagusnya, hostel ni ada provide free breakfast. Ada susu, tea, coffee, roti dan cereal. Pagi ni aku breakfast makan roti dengan tuna sandwich Ayam Brand yg aku bawak dr Malaysia..hehe... Aku tak makan sorang tau, aku offer gak kat geng mat salleh yang breakfast sama aku...hahaha, tak sangka diorang makan jugak walaupun pedassssss....