Kembara Madagascar

Apabila mendengar perkataan “Madagascar” sudah pastinya tak lain tak bukan kita terus mengingati filem animasi yang dilakonkan oleh haiwan-haiwan comel yang cukup popular sekali iaitu filem Madagascar. Mungkin ramai yang menyukai filem tersebut lebih-lebih lagi dikalangan anak-anak kecil.

Kali ni saya ingin membawa korang semua lebih dekat lagi dengan “Madagascar”, bukan nak ajak korang menonton wayang tetapi membawa korang terbang nun jauh bersama-sama saya ke sebuah negara “tanah merah” di benua Afrika, iaitu Madagascar. Madagascar merupakan pulau yang ke-4 terbesar di dunia dengan keluasan 592,800 km persegi.

Baru-baru ini saya dan 4 orang teman yang lain berkesempatan mengunjungi negara Madagascar. Jadi di sini saya ingin kongsikan panduan-panduan yang berguna sekiranya ada yang merancang untuk mengembara ke sana suatu hari nanti.  

Ready to move it move it!

1. Penerbangan ke Madagascar

Madagascar merupakan sebuah negara yang tidak begitu mudah untuk diakses. Penerbangan ke sana juga rata-ratanya agak mahal kerana tidak banyak penerbangan yang ditawarkan ke sana. Terdapat beberapa syarikat penerbangan sahaja yang menawarkan penerbangan ke sana seperti Air Austral (dari Saint-Denis de La Reunion), Air France (dari Paris), Kenyan Airways (dari Nairobi), South African Airways/Airlink (dari Johannesburg), Air Mauritius (dari Mauritius), Turkish Airlines (dari Istanbul), Air Seychelles (dari Mahe) dan Air Madagascar (dari Paris dan Johannesburg).

Buat masa sekarang tiada penerbangan terus dari Malaysia ke Antananarivo, ibu negara Madagascar. Pilihan terbaik adalah dengan menaiki penerbangan Air Mauritius ataupun Turkish Airlines dari KLIA. Harga tiket penerbangan pergi balik yang ditawarkan oleh Air Mauritius boleh didapati pada harga serendah RM2,800. Harga tiket penerbangan dengan Turkish Airlines pula jauh lebih mahal iaitu sekitar RM5,000. Memang agak mahal jika nak dibandingkan dengan harga tiket penerbangan ke negara-negara Eropah tetapi perlu diingatkan bahawa tidak banyak syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan ke Madagascar.

Jika korang menaiki penerbangan Air Mauritius dari KLIA, ia melibatkan persinggahan di Lapangan Terbang Changi Singapura selama hampir 1 jam dan seterusnya transit di Pulau Mauritius. Penerbangan Singapura-Mauritius merentasi Lautan Hindi memakan masa selama hampir 7 jam dan penerbangan Mauritius-Antananarivo pula memakan masa selama 1 jam 45 minit. Untuk info juga, waktu tempatan di Madagascar adalah 5 jam lewat berbanding waktu di Malaysia.

Memandangkan AirAsia X akan terbang ke Mauritius mulai Oktober 2016 nanti, jadi ini merupakan salah satu alternatif lain untuk ke Madagascar. Korang boleh menaiki penerbangan terus dari KLIA2 ke Mauritius dan menyambung penerbangan dengan Air Mauritius atau Air Madagascar dari Mauritius ke Antananarivo. Di Mauritius kita mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sir Seewoosagur Ramgoolam manakala di Antananarivo pula di Lapangan Terbang Antarabangsa Ivato.

Pelangi petang mengalu-alukan kedatangan kami ke Madagascar!
Selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ivato, Antananarivo.


2. Keperluan Visa

Kebanyakan negara boleh mendapatkan visa semasa ketibaan (visa on arrival) untuk memasuki negara Madagascar. Kadar bayaran visa adalah seperti berikut:

·      25€ / 27$ / 80,000 Ar bagi tempoh maksimum 30 hari
·      35€ / 37$ / 100,000 Ar bagi tempoh maksimum 60 hari
·      45€ / 47$ / 140,000 Ar bagi tempoh maksimum 90 hari

Prosesnya amat mudah sekali. Sebelum mendarat kita akan diberi kad imigresen untuk diisi. Setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ivato, kita perlu ke kaunter bagi pemeriksaan dokumen (pasport dan kad imigresen) dan seterusnya ke kaunter visa untuk membuat bayaran visa. Setelah pembayaran dibuat, kita perlu ke kaunter khas imigrasi untuk mendapatkan cop masuk di pasport kita. Semudah ABC. Welcome to Madagascar!

Kad Imigrasi Madagascar.


3. Matawang Ariary

Matawang tempatan yang digunakan ialah Malagasy Ariary (Ar). Memandangkan matawang ini sangat sukar didapati di negara-negara lain, jadi dinasihatkan untuk membawa matawang Euro atau US Dollar. Proses penukaran boleh dibuat di pusat tukaran wang yang terdapat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ivato.

Semasa kunjungan saya ke sana baru-baru ini, kadar tukaran Euro kepada Ariary adalah 1€ = 3,510Ar = RM4.50. Untuk mendapatkan kadar tukaran yang lebih baik, saya nasihatkan untuk membawa pecahan wang kertas Euro yang bernilai besar seperti pecahan 50€/100€ kerana kadar tukarannya lebih tinggi berbanding pecahan 5€/10€/20€. Wang kertas Ariary terdiri daripada pecahan nilai 10000, 5000, 2000, 1000, 500, 200 dan 100. Jadi kat sana kita bisa bergelar jutawan!

Aku kaya!

  
4. Waktu Terbaik Untuk Berkunjung ke Madagascar

Iklim di Madagascar adalah iklim subtropikal. Secara umumnya iklim di Madagascar terdiri daripada 2 musim iaitu musim panas beserta hujan (November – April) dan musim sejuk dan kering (Mei – Oktober). Jadi, waktu terbaik untuk berkunjung ke Madagascar adalah di antara bulan Mei hingga Oktober, yang mana Julai dan Ogos merupakan peak season. Elakkan daripada berkunjung ke sana di antara bulan Januari hingga Mac kerana waktu tersebut merupakan musim hujan yang berpanjangan dan menyebabkan banyak jalan tidak dapat dilalui kerana dinaiki air.

Landskap savanah di sepanjang perjalanan dari Antsirabe ke Morondava.


5. Perjalanan Darat

Cara terbaik untuk mengatur perjalanan sepanjang berada di Madagascar adalah dengan menyewa kenderaan pacuan 4 roda, 4WD. Sepanjang berada di sana kami menggunakan khidmat sewaan 4WD dari syarikat Great Madagascar Tour (GMT+3). Kos sewaan adalah 120€/orang untuk tempoh selama 9 hari berada di sana. Kos ini sudah termasuk penginapan dan makan minum untuk pemandu dan tour guide serta khidmat menjemput dan menghantar ke lapangan terbang. Kos ini tidak termasuk bayaran untuk gasolin. Harga gasolin di Madagascar lebih mahal berbanding di Malaysia. Harga 1 liter gasoil yang kami gunakan untuk kenderaan kami di sana ialah 2,720 Ar (RM 3.50).

Ini lah dia kenderaan pacuan 4 roda yang gagah membawa kami
ke mana-mana sahaja.

Perjalanan darat merupakan cabaran utama apabila berada di Madagascar. Kebanyakan jalan di sana adalah jalan yang tidak berturap, hanya jalan tanah merah. Apabila musim hujan tiba, kebanyakan daripada jalan-jalan di sana tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan. Jadi elakkan daripada berkunjung ke sana semasa musim hujan (Januari hingga Mac).

Road National, RN34 dari Antsirabe menuju ke Morondava

Selain daripada itu, perjalanan di sana turut melibatkan penyeberangan beberapa batang sungai. Sebagai contoh, perjalanan dari Morondava menuju ke Bekopaka melibatkan 2 kali penyeberangan sungai iaitu Sungai Tsiribihina dan Sungai Manambolo. Kenderaan yang kita naiki akan dibawa menyeberangi sungai dengan menggunakan 'feri' yang berupa bot-bot yang digabungkan bersama. Penyeberangan melalui Sungai Tsiribihina mengambil masa lebih kurang 1 jam dan bayaran feri bagi sebuah kenderaan ialah 50,000 Ar (RM65). Di Sungai Manambolo pula, penyeberangannya cuma memakan masa 5 minit sahaja dan bayaran feri pula ialah 20,000 Ar (Rm25). 

Kenderaan berbaris menunggu giliran menaiki feri di Sungai Tsiribihina
Besi bengkok tu sungguh menakutkan!
Menyeberangi Sungai Tsiribihina
Tiba di jeti Belo sur Tsiribihina

6. Penginapan

Sepanjang berada di Madagascar, kami telah menginap di beberapa buah bandar seperti Antsirabe, Morondava, Bekopaka dan Antananarivo. Tempahan tempat penginapan ini boleh dibuat melalui email sebelum berangkat ke sana. Untuk pembayaran pula boleh dibuat dengan menggunakan matawang Euro. Secara keseluruhannya kami sangat berpuas hati dengan tempat penginapan sepanjang berada di sana. Yang penting semua tempat yang kami menginap ada servis wifi walaupun terletak nun jauh di dalam hutan belantara!

Family room, Couleur Cafe, tempat penginapan kami di Antsirabe. 
Nak tidur dalam tandas pun boleh!
Katil beradu di Le Grand Hotel, tempat penginapan kami di Bekopaka
Ada kolam renang juga ya!

Berikut merupakan tempat penginapan kami sepanjang berada di sana.

Hari
Bandar
Hotel
Jenis Bilik
Harga
1
Antsirabe
Couleur Café
Family room
60
2
Morondava
Sun Beach Hotel
1 twin room + 1 triple room 
75
3
Bekopaka
Le Grand Hotel du Tsingy de Bemaraha
Family room
65
4
Bekopaka
Le Grand Hotel du Tsingy de Bemaraha
Family room
65
5
Morondava
Sun Beach Hotel
1 twin room + 1 triple room 
75
6
Morondava
Sun Beach Hotel
1 twin room + 1 triple room 
75
7
Antsirabe
Hotel H1
1 twin room + 1 triple room 
50
8
Antananarivo
Hotel Le Relais Normand
3 double room
50
JUMLAH KESELURUHAN BAGI 5 ORANG
515
JUMLAH KESELURUHAN PER ORANG
103€


7. Makan & Minum

Apabila bercakap bab makan dan minum, korang jangan risau. Harga makanan dan minuman di Madagascar sangat murah. Semasa kunjungan kami ke sana cun-cun pulak kena musim buah oren, lemon, nanas, avocado dan betik. Apalagi melantak sakan lah kami di sana. Untuk info juga, nasi merupakan makanan ruji di Madagascar, jadi makanan bukanlah menjadi masalah besar kepada kita di sana. Selain itu harga makanan laut juga jauh lebih murah berbanding apa yang ada di negara kita. Sebagai langkah penjimatan kami turut membawa bekalan makanan dari Malaysia untuk digunakan di sana.

Lobster yang sangat marvelles!
Udang 50 sen sekor!
Coconut shrimp yang sungguh menyelerakan!
Platting macam makan kat hotel je kan!
Di kala kehausan kita minum air kelapa muda, cuma RM1.20 sebiji!
Yang ni kami beli ikan kat nelayan dan hantar ke restoran halal untuk dimasak.

Berikut saya senaraikan beberapa harga barang makanan di sana:

Air mineral 1 L = 1,600 Ar ~ RM 2.00
Sebiji nanas = 2,000 Ar ~ RM 2.50
1 kg oren = 2,000 Ar ~ RM 2.50
1 biji betik = 1,500 Ar ~ RM 1.90
1 sikat pisang = 1,000 Ar ~ RM 1.30
1 biji avocado = 200 Ar ~ RM 0.25 
1 biji kelapa muda = 1,000 Ar ~ RM1.20 
1 pinggan nasi = 1,000 Ar ~ RM 1.30
1 ekor udang galah bersaiz besar = 400 Ar ~ RM 0.50

Sebiji avocado 25 sen! 
Masa ni tengah musim lemon, nanas, betik, avocado, pisang
dan macam-macam lagi. 
Sekilo RM2.50 sahaja!
Setompok lemon ni cuma 25 sen!


8. Tarikan Utama di Bahagian Pantai Barat Madagascar 

Memandangkan itinerari perjalanan kami baru-baru ini hanya melibatkan perjalanan dari Antananarivo hingga ke bahagian pantai barat Madagascar, jadi saya akan kongsikan beberapa tempat menarik yang harus dikunjungi sesuai dengan masa dan program perjalanan kami. Sebenarnya misi utama kami ke Madagascar tak lain tak bukan adalah untuk melihat sendiri keunikan pokok Baobab yang mejadi ikon utama bagi negara ini. Selain itu kami juga sempat berkunjung ke sebuah tapak warisan dunia UNESCO iaitu Tsingy de Bemaraha (stone forest). Kedua-dua tarikan utama ini terletak di bahagian pantai Barat Madagascar.

Avenue of the Baobabs

"If Paris is the Eiffel Tower, and India is the Taj Mahal, then Madagascar is the Avenue of Baobabs"

Baobab boleh dikatakan menjadi ikon utama bagi negara Madagascar memandangkan 6 daripada 9 spesies baobab di dunia terdapat di sini. Baobab yang hidup subur di sini adalah daripada spesies Adanosia grandidieri. Dalam bahasa Malagasy, ia dikenali dengan nama “renala” yang membawa maksud ‘mother of the forest’.

Avenue ini terletak di antara bandar Morondava & Belo sur Tsiribihina di daerah Menabe, Barat Madagascar. Avenue sepanjang hampir 300m ini dihuni oleh pohon-pohon baobab yang rata-ratanya mempunyai ketinggian hampir 30m dengan usia yang mencapai hampir 800 tahun. Bagi penduduk tempatan, pokok baobab ini banyak kegunaannya. Daunnya boleh diproses untuk dijadikan teh manakala buahnya pula boleh dimakan ataupun dibuat jus.









Baobab Lover; dikatakan pasangan yang datang ke sini
tidak akan terpisah buat selamanya.

Waktu terbaik untuk menikmati keindahan alam di sini ialah semasa menjelang matahari terbenam. Lidah kelu tatkala melihat keindahan di sini. Kanak-kanak riang bermain sambil menyanyikan lagu-lagu hiburan mereka. Tak kurang juga pelawat-pelawat asing yang sudah bersedia dengan kamera masing-masing untuk merakamkan foto-foto yang menarik di sini. Suasana alam di sini begitu mendamaikan. Damai dan tenang.










Taman Negara Tsingy de Bemaraha

Taman Negara ini terletak di daerah Melaky, Barat Madagascar. Ia telah disenaraikan sebagai salah satu tapak warisan dunia UNESCO pada tahun 1990. Dikatakan batuan-batuan di sini terbentuk sejak 200 juta tahun yang lalu akibat daripada hakisan. Untuk merasai keindahan stone forest yang ada di sini, terdapat 2 pilihan circuit iaitu Big Tsingy dan Small Tsingy.

Untuk memasuki Taman Negara di sini, adalah wajib bagi kita untuk mengambil khidmat pemandu arah. Bayaran masuk yang dikenakan ialah 55,000Ar/orang (RM70) manakala bayaran bagi pemandu arah pula adalah 200,000 Ar/kumpulan (RM250) jika kita memilih untuk melawat kedua-dua Big Tsingy dan Small Tsingy.  Kami telah memilih kedua-dua circuit tersebut dan berjaya menyempurnakannya dalam masa satu hari yang sama!


Ketahanan fizikal sangat diperlukan bagi circuit Big Tsingy 
Big Tsingy
Big Tsingy
Big Tsingy
Big Tsingy
Di puncak Big Tsingy
All of us reached the top! 
Ada jambatan gantung
Small Tsingy
Small Tsingy
Small Tsingy

Di Taman Negara ini juga kita berpeluang untuk melihat beberapa jenis spesies lemur yang terdapat di sini. Kami bernasib baik kerana terserempak dengan beberapa spesies lemur seperti brown lemur dan sifakas semasa berada di sana.  


Brown lemur
Brown lemur 
Sifakas

9. Itinerari Perjalanan

Cabaran utama mengembara di Madagascar adalah menempuh perjalanan yang jauh dan agak memakan masa kerana kebanyakan jalan yang terdapat di sana adalah jalan yang tidak berturap. Berikut merupakan itinerari perjalanan kami sepanjang berada di sana.

Hari 1:
- Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ivato, Antananarivo
- Perjalanan dari Antananarivo ke Antsirabe (170km, 3-4 jam)  
- Bermalam di Couleur Café, Antsirabe

Hari 2:
- Melawat di sekitar bandar Antsirabe
- Perjalanan dari Antsirabe ke Morondava (530km, 10-12 jam)
- Bermalam di Sun Beach Hotel, Morondava

Hari 3:
- Melawat di sekitar bandar Morondava
- Perjalanan dari Morondava ke Bekopaka (120km, 8-9 jam)
- Melawat Avenue of Baobab
- Bermalam di Le Grand Hotel du Tsingy de Bemaraha, Bekopaka

Hari 4:
- Melawat stone forest Tsingy de Bemaraha
- Melawat perkampungan di Bekopaka
- Bermalam di Le Grand Hotel du Tsingy de Bemaraha, Bekopaka

Hari 5:
- Perjalanan dari Bekopaka ke Morondava (120km, 8-9 jam)
- Singgah melihat matahari terbenam di Avenue of Baobab
- Bermalam di Sun Beach Hotel, Morondava

Hari 6:
- Bersiar-siar di pantai Morondava
- Melawat pasar tempatan dan masjid di sekitar Morondava
Mangrove tour
Bermalam di Sun Beach Hotel, Morondava

Hari 7:
- Perjalanan dari Morondava ke Antsirabe (530km, 10-12 jam)
- Bermalam di Hotel H1, Antsirabe

Hari 8:
- Melawat pasar tempatan di sekitar Antsirabe
- Perjalanan dari Antsirabe ke Antananarivo (170km, 3-4 jam) 
- Bermalam di Le Relais Normand Hotel, Antananarivo

Hari 9:
- Melawat di sekitar Antananarivo
- Melawat lemur zoo
- Melawat pasar tempatan
- Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ivato


10. Jumlah Keseluruhan Perbelanjaan  

Berikut merupakan pecahan kos keselurahan yang kami belanjakan sepanjang berada di sana. Kos ini merupakan kos per orang berdasarkan 5 orang dalam satu kumpulan.

Bil.
Perkara
Kos (Euro)
Kos (Ariary)
Kos
(RM)
1
Tiket penerbangan KL-Antananarivo-KL (Air Mauritius)


3,124.00
2
Visa on arrival
25

115.00
3
Penginapan
103

473.80
4
Sewaan 4WD
120

552.00
5
Gasoil

193,050
245.00
6
Tiket feri

28,000
40.00
7
Bayaran masuk Tsingy de Bemaraha

55,000
70.00
8
Bayaran pemandu arah di Tsingy de Bemaraha

40,000
50.00
9
Makan & minum

175,500
220.00
10
Tips untuk pemandu & tour guide

20,000
25.00
11
Cenderahati

65,000
80.00
ANGGARAN JUMLAH KESELURUHAN (RM)
4,994.80


Pada pendapat peribadi saya, Madagascar merupakan sebuah negara yang begitu unik untuk diterokai. Walaupun negara ini masih jauh ketinggalan di belakang dari aspek pembangunan, namun keindahan alam semulajadinya mampu memberi kepuasan kepada sang pencinta alam. Melihat kedaifan orang-orang tempatan di sana sedikit sebanyak mampu menimbulkan rasa keinsafan di dalam diri. Betapa beruntungnya kita yang hidup di sini, sekali sekala kita berasa susah tetapi ingatlah masih ramai yang di luar sana yang masih berjuang demi sebuah kehidupan.

Sekumpulan penduduk tempatan yang bekerja di lombong emas.
Kanak-kanak mengemudi zebu. 
Kehidupan yang cukup selesa bagi mereka.
Bersama kanak-kanak tempatan yang cukup teruja
untuk bertemu dengan orang asing. 

Gula-gula adalah hadiah yang sangat istimewa bagi mereka.
Kehidupan alam kanak-kanak yang menyeronokkan bagi mereka.
Perbezaan warna kulit bukanlah penghalang untuk kita
sama-sama menyayangi dan berbuat baik sesama manusia.

Sempena bulan Ramadhan al-Mubarak ini, terimalah serangkap pantun daripada saya :)


Jus baobab lazat tak terkira,
Nikmat diminum ketika berbuka,
Bulan Ramadhan telahpun tiba, 
Kenangan di Madagascar takkan ku lupa.

Selamat menjalankan ibadah puasa kepada semua kaum muslimin dan muslimat tak kira di mana jua anda berada. Saya juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada sahabat saya Faiz, Izzud, Kak Sam dan Nadia kerana menjadi travel buddy yang sangat membantu sepanjang mengembara di bumi Madagascar. 



19 comments:

  1. Siap bwk baju melayu lg. Terbaik la bro!!

    ReplyDelete
  2. Apakah bertemu dengan orang keturunan Nusantara disana? Karena orang Nusantara bermigrasi pada tahun 1000 Masehi, mereka berkulit sawo matang/coklat, dan berbeda dengan orang kulit hitam afrika. Boleh dilihat foto presiden Madagaskar dan Ibu negara yang memiliki muka orang Nusantara....
    Mungkin apabila bertemu, sangat baik untuk diceritakan.... cerita tentang saudara jauh di seberang samudra

    ReplyDelete
  3. Try ke south africa... lgi best... sya brda di sna slma 3 thn...

    ReplyDelete
  4. Nice story lah, bile ade mase nak melancong kad sana juge, seronok betol nampaknye..

    ReplyDelete
  5. Thorbaikkklah...bestnye

    ReplyDelete
  6. Seronok saya baca tulisan saudara :)

    Sambil2 tu saya nak share perkara atau barangan yang berkait dengan pengembaraan iaitu beg travel, hiking, trekking murah2 dari Vietnam yg saya jual hehe.

    Jemput lawat di:-
    1) FB = Pedagang Backpack
    2) IG = pedagang_backpack

    Terima kasih :)

    ReplyDelete
  7. Seronok saya baca tulisan saudara :)

    Sambil2 tu saya nak share perkara atau barangan yang berkait dengan pengembaraan iaitu beg travel, hiking, trekking murah2 dari Vietnam yg saya jual hehe.

    Jemput lawat di:-
    1) FB = Pedagang Backpack
    2) IG = pedagang_backpack

    Terima kasih :)

    ReplyDelete
  8. salam ziarah & follow..

    tiba2 rasa teruja tengok gambar2 ni sebab selalu tgk madagascar lam cite katun tu jer..ekekek

    ReplyDelete
  9. Hello Everybody,
    My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of S$250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of S$250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius,via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

    ReplyDelete
  10. Salam awk, nak tanya kat sana mudah ke nak cari makanan halal?

    ReplyDelete
  11. My next wishlist..Huhu..terpengaruh lepas baca entry ni..Ingat Madagascar tu dlm kartun je,rupanya real ye..hehe

    ReplyDelete
  12. My next wishlist..Huhu..terpengaruh lepas baca entry ni..Ingat Madagascar tu dlm kartun je,rupanya real ye..hehe

    ReplyDelete
  13. Mantaplaaa! jalan2 selalu menyenangkan apalagi ke madagascar

    Rental Mobil Pontianak Murah

    ReplyDelete
  14. Nice story..seronok kan dapat meneroka keindahan tmpt lain..anyway..follow la blog kia yer..https://sikasutpinkstory.blogspot.my/

    ReplyDelete